Antara dua wajah
terbias musnah
terhias sunah
Kian menampar arah
Bak buih dan ombak
satu jadi merebak
dua jadi bersebak
bertemu dalam lautan yang berkocak
Buat kali pertama
mengukir secawan rasa
kali kedua
air penuh didalamnya
kali ketiga
di minum kerana dahaga
kali keempat
kosong isinya tiada
kali ke lima
mencari semula
Antara rupa
kau aku dia
tetaplah di balik kaca
terbias wajah yang melihat wajahnya
Aku isikan cerita
dalam sendu tangis sengsara
~ tersedia
Namun aku lupa
rentak-rentak membina bahasa
0 ulasan:
Catat Ulasan