Jumaat, 12 Oktober 2012
Sudah Berkali...
Sudah berkali
Hati disakiti
Kecewa dan melangkah pergi
Menyeduk saki baki senyuman
Di raut wajah yang menyeksakan
Jari-jemari ligat menconteng
Membersihkan ukiran agar hilang
Dengan pena berwana hitam
Kelam seperti malam
Tiada cahaya mampu memutihkannya
Menggelapkannya, mendung sentiasa menjelma
Jika ada cahaya maka berakhirlah segala
Berkali-kali cuba memalsukan diri
Menghimpunkan watak gagah pekerti
Namun disini hati
Tetap berdiri begini
Kerana aku tetaplah aku
Tidak akan menjadi kamu
Kerana luka tetaplah dipanggil luka
Tidak berganjak perkataan menjadi suka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan