Keyakinan...
Semakin hari semakin kosong
Lakaran kian mempamirkan usang
Buntu menerjah mengelapkan ruang
Tanaman tumbuh menjadi lalang
Keinginan terbang bagaikan burung
Semakin hampir jatuh ke gaung
Ibarat menyelam tidak pernah timbul
Lemas diruang cetek yang bersimpul
Biarkan hujan merintik dihari siang
Biarkan mendung menutup bulan terang
Selagi ada ruang nafas
Selagi itu teruslah berjuang
Tidak perlu mengadakan apa yang tiada
Carilah pada yang kekal untuk selama
Agar sentiasa melihat, biarpun buta tanpa mata
Kerana keyakinan itu bukan terletak pada mata
Ahad, 2 September 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ya perjuangan tidak akan berakhir selagi hayat di kandung badan!
BalasPadam