Selasa, 27 Disember 2011

Ribut Taufan Menerjah...

Semalam fikiran diterjah
Jawapan di tolak mentah-mentah
Hingga gundah menusuk menanah
Gelisah parah

Bukan pertama kali
Mimpi sunyi sepi
Hanya nafas berbunyi
Menyusun setiap teka-teki
Mencorak langkah, langkah mati
Mujur di genggam pepatah ini...

Aku pegang kata-kata madah pujangga
"Setiap ada akan binasa
Maka, mana kata
Ke sini ke sana menuju jalan bahagia
Sedang keduanya temu jalan binasa
Mati itulah pastikan rasa
Maka, katakan itulah bahagianya"

Bagai bahtera di pukul ombak gelora
Melihat ribut taufan di sini sana
Hanya di dalam hati katanya
Di simpan bagaikan pusaka
Berserah kepada Dia
Sedang aku tiada apa, ingin berserah apa?
Ingin mencipta tiada, itu juga tiada daya
Maka, di cari jalan berserah pada Dia...

0 ulasan:

Catat Ulasan