Selasa, 29 November 2011

Titik-titik infiniti...

Dulu aku berteriak kencang
Kalah ribut-ribut yang datang
Untuk mengatakan cinta kasih sayang
Meluahkan rindu yang bersarang

Namun, bila aku temui malam penuh gelita
Hitam di sini sana
Tiada bayang-bayang cahaya
Barulah aku sedar, aku tiada
Tiada apa untuk di bangga

Zaman aku telah lama berlalu pergi
Biarpun rasa baru semalam melangkah kaki
Bukan bermaksud aku ingin berhenti
Atau menoktahkan segala mimpi
Titik-titik infiniti masih aku dekati
Masih aku mencari

Bagai rintikkan hujan
Satu persatu turun
Untuk mendapatkannya dalam satu takungan
Mustahil andai aku keseorangan
Kerana itu aku perlu persahabatan
Sama-sama berjalan
Sama-sama kuatkan tali persaudaraan

Bagai lautan
Tidak terputus biarpun
Hilang satu titik hujan
Bagai lautan
Tidak terputus biarpun
Hilang satu titik hujan
Hilangnya bukan kerana kealpaan
Kerana itulah lakaran
Telah termaktub telah dijadikan
Asal sebuah kejadian
Penuh dengan kesempurnaan

Maka, masihkah kau berkata?
Dia tiada cahaya menuju kebahagiaan...

0 ulasan:

Catat Ulasan