Jumaat, 25 November 2011

Rindu Cinta Dalam Permainan...

Suatu masa dahulu
Kau, aku bertemu
Bercinta merindu

Namun kesudahannya
Menanamkan benci di setiap penjuru
Menusnahkan saki baki rindu
beku, kaku, mencari titik temu
Sedaya upaya terus merindu
Sedaya upaya terus menyintaimu

Mengapa tidak kau ulang-ulang?
Berkata terang-terang

Sekali lagi, aku ulangi
Mengapa perlu ada perpisahan ini?
Setelah aku benar-benar merindui

Kau pernah kata-katakan
Cinta itu permainan dan gurauan
Membuatkan aku ketawa dalam kegilaan

Aku dalam permainan
Aku dalam gurauan
Sedang benar-benar kau aku rindukan
Sedang kau benar-benar aku cintakan

Dalam permainan, dalam gurauan
Aku berjalan dalam kegilaan
Membawa rindu cinta dalam ketiadaan

0 ulasan:

Catat Ulasan