Rabu, 2 November 2011

Belayar Mencari Penawar 42...

Dulu penuh duri kaca
menusuk jiwa raga
Datangnya dia
Bikin aku bahagia

Tiada lagi air-air mata
Tiada lagi mimpi-mimpi duka
Hanya tinggal senyum sepuasnya
Hanya tinggal dia
Dialah yang ada depan mata

Tragedi, biarpun datang
dan pergi bergulung-gulung
resah, gelisah mengamit hati
Hitam di conteng-contangkan noktah-noktah kini
Walau datang dan pergi
Aku tetap akan begini

Biarpun ombak menghempas pantai tanpa henti
Biarpun kabut-kabut debu melekat-lekat di hati
Dia dipandangan tetap di sisi
Kau tetap di sini
Akulah yang pergi tak akan kembali
Namun senyumku puas
Telah aku rasa ombak-ombak deras

Masih aku lihat
Kocakan ombak
Ribut-ribut melanda
Biarpun aku lemah tidak berdaya
Bahteraku semakin usang
Tetap akan aku gagahkan jua

Asalkan dapat aku lihat daratan
Tidaklah aku dibuai-buai dilautan
Muntah mabuk saban masa
Kerana kau pembuka cerita

Bawakan aku
Ombak terakhir
Bawakan aku
Ribut terahir
Sebelum nafasku berhenti
dan aku lupa dimana nanti

Belayar aku
Kerana penawar bahagia
Belayar aku
Kerana tiada

0 ulasan:

Catat Ulasan