Arah-arah hilang
Dimensi celaru
buntu, menikam-nikam kalbu
Tersesat jauh
luka, bernanah, parah
Hanya titisan ditadah
Menjadilah doa pembuka
Melihatkan terang-terang cahaya
Dipersimpangan itu
Tegap berdiri
Masih memerhati
Lorong-lorong benar
Jalan-jalan cahaya
Namun, semak menghalang pandang
Dilingkari semak dihadapan
Digapai apa sahaja jalan
Benar, tidak itulah perjalanan
Pasti kelihatan jua, segala tujuan
Jalan-jalan dituju
seringkali tersungkur rebah
Makin luka, bernanah, parah
Menerjah
Lambat laun pasti tuju
Pada satu jalan selamanya datang
Tertutup dan pulang
0 ulasan:
Catat Ulasan