Buntu, menerjah akal
Seperti akan karam sebuah kapal
Ditelan ombak-ombak degil
Memusnahkan saki baki yang tinggal
Iaitu penyakit tunggal
Sesat, gila dalam kewarasan
Menambah tekanan dan kesakitan
Pergi, pergi jerit pada kejahatan
Teruskan hingga hapus kegelapan
Bangun, meminta cahaya pertolongan
Lautan tidak akan kosong
Punah, mahupun hilang
Andai musnah yang datang
Cecair itukan bertambah gemilang
Pernahkah lautan itu kering?
Andai ada, tentu rosak sekeliling
Bangun, bangun dari mimpi ngeri
Jangan, jangan biarkan berhenti
Terus, terus bergeraklah kaki
Melangkah dan melangkah pergi
Berjuanglah hingga mati
Pergi, pergi jerit pada kejahatan
Teruskan hingga hapus kegelapan
Bangun, meminta cahaya pertolongan
Memusnahkan saki baki yang tinggal
Iaitu penyakit tunggal
Sesat, gila dalam kewarasan
0 ulasan:
Catat Ulasan