Isnin, 17 Oktober 2011

Jeritan Nadi...

Ahhhh!!!!
Jeritan nadi semakin parah
Terbelah,
Gundah, resah
di himpit gelisah, risau bersalah
Seakan tiada titik, noktah

Melayanglah dikau igauan ngeri
Jauh, jauh pergi
Jangan pernah kembali
Biarpun sekali

Ahhhh!!!
Dia terjah,
Dia menerjah
Kembali, kembali, tidak musnah
Keluar, keluar, di setiap arah
Menunjuk-nujukkan wajah
Indah, rupa indah

Membayangkan aku yang bersalah
Aku yang semakin parah
Menghapuskan kepingan-kepingan kaca melimpah ruah
Kembali, kembali ke asal-asal wajah
Tempat awal bertemu, tidak musnah

0 ulasan:

Catat Ulasan