Rabu, 3 Ogos 2011

Bersemuka Wajah Di Bingkai Kaca...

aku lihat
wajah dibingkai kaca
pada malam kian tenggelam

apa yang kau fikir
ujar aku secara bersemuka
naik atas, turun bawah
mana arah tuju

dia menjawab
dengan nada diam
namun wajahnya
membayangkan sejuta rasa

aku tanya lagi
sehingga tiga kali
dan dia terus pergi
tanpa menoleh

0 ulasan:

Catat Ulasan