Jumaat, 12 Ogos 2011

Belayar Mencari Penawar (Bernoktahkan Hitam)

Aku masih ingat
Tika malam bersinarkan bulan
Kabus hitam melingkari
Aku kaku, buntu
Cahaya itu menuju
Menemuiku

Aku bertanya-tanya
Gerangan apa yang tiba
Membawa kiasan
Hingga hilang waras
Mencari titik-titik tersembunyi
Hingga tiada lagi
Satupun akalku turut berfungi
Tiada satupun jiwaku berfungsi
Tiada, hanya titik-titik
Merajai, gigil kaku

Jadi aku perlukan sebab
Belayarlah, berlari mencari penawar
Tekanan demi tekanan
Singgah memberikan makna
Bernoktahkan Hitam
Diam.

0 ulasan:

Catat Ulasan