Isnin, 4 Julai 2011

Sebelum Lena...

bersepah rintikan hujan
mengena hati-hati terluka
pedih dirasa
tidak pula
..........

sebelah aku
sakit, dan berkata pergi
sebelah aku
perit, dan berkata kembali

dia melihat akan aku
diam dalam kata-katanya
tidur mimpikan indah-indah belaka
ucap selamat tinggal sebelum lena

aku pejamkan mata
biar ringan sakit darah merah
mengalir menusuk parah
terluka

walau tanpa kata
aku ucapkan jua
sebelum lena
biarpun rasa
masih ada

0 ulasan:

Catat Ulasan