Jumaat, 6 Mei 2011

Laksamana Membuka Gelangang... (cerita keris laksamana 1)

tujuh purnama lamanya bertapa laksamana
bersama darah merah memenuhi urat nadinya
tidak gentar walau badai gelora menunjuk hampa
dibuka gelangang hikmat nusantara
katanya...

"Darah pekat mengalir keluarlah ia
Bersatu teguh bersama tanah rata
Dicincang lumat tetaplah tidak dirasa
Mati bahagia hidup menderita
Hilangkan terang timbulkan gelita
Tegaknya di sini mencari bahagia"


tepatlah sentuhan laksamana dipokok ara
mengakhiri bacaan mantera bisunya
langkah kaki kanan dimula
keris pusaka, menjadi petunjuk luka
pergilah laksamana membawa berita
bahagia mahupun derita

0 ulasan:

Catat Ulasan