Rabu, 18 Mei 2011

Keris Masih Berbicara... (cerita keris laksamana 19)

tumpah darah merah disini sana
menitik banjir mengena dada laksamana
hanya tinggal dia sahaja ada
lainnya rebah tersungkur ke tanah rata
tanah dipanggil Pulau Taysikuu Walanda
tidak disangka Gagak Satu Mata bangun semula
kata laksamana...

"Assalammualikum pada sekian tiada
Darah pekat mengalir keluar dia
Menjadi air merah warna
Hampa belaka rasa
Telah rebah bangun semula
Jika sudah begini cerita
Biarlah hilang Keris Darah Dahaga
Hangit kering keringat dada
Pegang pintas biarlah tiada
Pejam mata ingatkan doa
Pasti merana jadi bahagia"


langkah laju laksamana
melibas sekali dikepala
namun gagahnya Gagak Satu Mata
keris tiadalah dirasa
terbenam Keris Darah Dahaga
mengena pula pada laksamana
menggigil tubuh menahan rasa

"Mentera mana laksamana
Gunakanlah dia sebaiknya
Jangan mengalah selagi nyawa
Masih ada rasa rindu cinta
Pernah dikata asyik gila
Mana katanya mentera"

laung pujangga terlihat laksamana...

0 ulasan:

Catat Ulasan