Jumaat, 6 Mei 2011

Hujan Menimpa Laksamana... (cerita keris laksamana 7)

jauh bertapa laksamana
dalam belukar diredah jua
langit kelam berwajah duka
menitis airmata jenih warna
sedih itu bahagia
kata laksamana....

"Biar menitis darah ke muka
Jangan menitis airmata
Merana meredah nestapa
Jauh membelah pohon ara
Jadi kayu-kayu ditanah rata
Itulah awalnya tiada
Akhirnya tetap sama
Biarlah, sedih itu bahagia"


diam cuma keris darah dahaga
ingin berkata suara tiada
dibiarkan laksamana berbicara
esok lusa, keris pula berkata

0 ulasan:

Catat Ulasan