bagai bunga merah
bagai merah darah
bagai berdarah parah
bagai parah yang bersalah
bagai...
salah namun bukan mengalah
biarpun lautan taufan berombak duka
Membenamkan rinting ke tepi muara
tidak sekali mengukir kesal di jiwa
kerana kau sentiasa ada
biarpun sinar merajuk hampa
di celahan rinting berdarah luka
dan akan datang esok, masa
kau aku akan bersama
satu bukan dua
bagai bunga merah
bagai merah merekah
bagai merekahnya mengeluarkan buah
buah jiwa yang mempunyai tuah
Khamis, 14 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan