Isnin, 17 Januari 2011

Andai...

Andai,
Hujan terus berlalu
Menderu berkata rindu
Menjemputku mengalunkan syahdu
Akanku turuti walaupun sejuk, kaku

Andai,
Mentari menyinarkan api
Mengeluarkan kata-kata suci
Mengajakku melangkah dan berlari
Akanku turuti walaupun terbakar, mati

Andai,
Ombak ganas melanda
Berbunyi bernada cinta
Menarikku pulang untuk selama
Akanku turuti walaupun lemas, lena

Andai,
Kau memilihku
Pergi diam menjadi bisu
Akanku noktahkan, andai
Kerana kau kekasihku
Aku milikmu

0 ulasan:

Catat Ulasan