Wahai! angin bayu, andainya itu pilihanmu
Tidak dapatlah kiranya aku bertemu
Hanya jelingan manja menangkap takbir rindu
Wahai! angin bayu, andainya itu pilihanmu
Tidaklah mampu aku mengutus kuntuman rindu
Hanya airmata menjadi pembuka bicara pilu
Ah...
Tidak perlu kau berpura-pura
Kuntuman bunga kau bina
Hanya sandaran ciptaan maya
Sedang engkau mengerti bahasa pujangga
Tidak sekali aku berbicara
Menguntum sekuntum kuntuman bunga
Mengertilah walaupun hanya seketika
Akulah terpaku dengan kuntuman yang kau bina
Ah...
Tidak ku duga kau bermain kata
Mengukir selembut kain sutera
Diantara kau aku penuh beza
Kecil besar ibarat itulah dia
Wahai! angin bayu, andainya itu pilihanmu
Izinkan aku melakar gelombang rindu
Hanya sekadar melepas rasa syahdu
“Cinta rindu disulami airmata
Berselindung dibalik bayang warna
Hitam putih, kelabu akhirnya
Putih menjelma melakar cinta
Hilanglah aku timbullah dia
Ibarat itulah kiasan dibina”
Selasa, 21 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan