Rabu, 7 Oktober 2009

Apabila Pelayaran...

Belayar mencari penawar duka...
Kesana kesini meredah nestapa...
Hanya hampa datang menerpa...
Buntu menerjah batu ditujah jua...
Mengapa semua menjadi penghalangnya...
Apabila pelayaran hampir karam menemuinya...

Akan berakhirkah pelayaran...
Apabila aku impikan pelabuhan...
Mencari wajah-wajah kerinduan...
Supaya Allah sentiasa dalam ingatan...
Adakah Allah dalam perjalanan...
Apabila pelayaran mencari kebahagiaan...

Syurga dinanti Neraka diperolehi...
Perlukah dibuang bala ini...
Ia hadir memberi harga diri...
Kerana pengalaman maka jadi...
Siapa Dia melontarkan duka suci...
Apabila pelayaran sujud mentaati...

10 ulasan:

  1. AKU tao....pasti ada perlabuhan disana..
    yang pastinya smua manusia berlabuh di tempat yang sama..
    hanya masa menentukan segalanya..

    selamat berkarya....DIA mengetahui segalanya

    BalasPadam
  2. benar akUniA...

    bagaikan angin tidak kelihatan...
    merasa ada tapi bagaimana...
    berlabuh dihati tempat yang sama...
    mencari adakah akan jumpa...
    apabila Dia sering menyembunyikan wajahNya...

    hanya Dia menentukan...
    perjalanan menemuinya...
    dapatkah berjumpa walaupun seketika...
    apabila pelayaran dalam bencana...

    BalasPadam
  3. puisi yg sufistik sekali..salam budaya sastra yg hangat..

    BalasPadam
  4. ateh75...

    puisi itu tidak sehangat mana...
    apabila dibandingkan dengan sabdaNya (Muhammad)...
    kerana itu aku bermadah pujangga...
    agar dapat menjadi seperti Dia...
    yang dikasih yang dicinta...
    oleh Allah yang maha Esa...

    BalasPadam
  5. sabarlah...
    pasti suatu hari ia akan hadir..
    DIA mempunyai sbb tersendiri mengapa DIA menyembunyikan segalanya.
    kerna bagi AKU..
    DIA ingin kita mencariNya..
    merinduiNya..
    mencintaiNya...

    jika kita berasa begitu...
    tanpa kehadiranNya sekali pun..
    DIA tetap di hati kita...
    percayalah...

    BalasPadam
  6. benar akUniA...

    satu hari nanti pasti jumpa...
    tapi bagaimana akan berjumpa...
    jika hati sentiasa meronta...
    ingin melihatNya sebelum kesana...
    takut nanti tersalah jumpa...
    ingatkan diriNya...
    rupanya nerakaNya...

    BalasPadam
  7. Kita akan singgah ke pelabuhan hakiki memunggah bakti. Semoga tenang dalam perjalanan.

    BalasPadam
  8. Penabahari...

    Adakah malam akan tenang...
    jika tidak melihat siang...
    sedangkan siang sentiasa tenang...
    kerana mampu melihat malam dihari siang...

    pelabuhan di malam hari...
    lebih tenat apabila awan menangis...
    memalapkan lagi perjalanan...
    lampu yang dipasang...
    tidak mampu menembus...
    ruang yang gelap...
    kecuali apabila mentari muncul...
    dengan tiba-tiba...
    tetapi adakah mentari akan muncul...
    pada malam yang makin malap...
    jika munculnya mentari...
    kesukaannya para-para pelayarNya...
    kerana mudah memastikan arah...
    walaupun tanpa kompas ditangannya...

    Allah berfirman...
    "nantikanlah hari yang Aku janjikan kebahagiaan..."

    BalasPadam
  9. Salam, Saudaraku Dhamah, kata org:
    Setiap org yg menanam, tentu ia akan menuai,
    Siapa yg berjalan ia akan sampai,
    Sesungguhnya kelazatan kebahagiaan yg hakiki pada anak Adam ialah mengenal tuhannya..

    Patahmu marjan yg halus..Dapat ia mengetuk hatiku ini yg telah terjajah oleh nafsu dan maksiat..

    BalasPadam
  10. benar sajak sufi...

    siapa yang mencari...
    tentu dapat apa yang dicari...
    tetapi apa yang dicari...
    dalam perjalanan yang dicari...
    mencari itu...
    atau mencari ini...
    sedangkan yang dicari tiada...

    BalasPadam